Apakah perbezaan antara Integrator Ejen Pelaksana dengan Integrator Anchor?

Diubah suai pada Tue, 01 Aug 2023 pada 10:22 AM

1.    Integrator Ejen Pelaksana


  • Terdiri daripada Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian yang menguruskan pelaksanaan 100% ke atas projek yang diuruskan dan pekebun kecil sebagai penerima faedah menerima dividen dengan agihan 50:50.
  • Bilangan peserta sekurang-kurangnya 15 orang dengan nilai bantuan maksimum RM300,000.00/ Projek (bergantung keputusan jawatankuasa yang terlibat).
  • Pemberian bantuan dalam bentuk geran padanan 70:30 (70% Bantuan RISDA dan 30% Modal Integrator).

2.    Integrator Anchor

  • Terdiri daripada Syarikat Bumiputera Tempatan, Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian bagi menguruskan pelaksanaan pembekalan input/ alatan, khidmat nasihat, tunjuk ajar teknikal, pemasaran dan pemantauan sepanjang pelaksanaan projek oleh peserta pekebun kecil.
  • Bilangan peserta maksimum 15 orang dengan nilai bantuan maksimum RM300,000.00/ Projek (bergantung keputusan jawatankuasa yang terlibat). 


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut