Syarat-syarat penubuhan sesebuah Tanam Semula Berkelompok adalah seperti berikut:
- Terdapat sekurang-kurangnya lapan (8) peserta yang sanggup memberi kuasa kepada Pengerusi Jawatankuasa TSB sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan tanam semula (tunai dan mata benda) bagi pihak mereka.
- Satu Jawatankuasa TSB hendaklah dipilih di dalam mesyuarat agung tahunan yang terdiri daripada di kalangan peserta TSB tersebut.
- Mestilah wujud sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk menguruskan pembangunan TSB bersama peserta.
- Kawasan TSB tersebut terletak dalam satu blok yang berhampiran yang layak menerima bantuan tanam semula/tanam baru.
- Luas minima TSB sekurang-kurangnya sepuluh (10) hektar.
- Ketua Pusat Tanggungjawab bersetuju untuk membangunkan kawasan itu sebagai TSB.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut