Dalam tempoh 5 tahun, RISDA ada program atau bantuan lain yang boleh diberikan kepada pekebun kecil menyertai program tanam semula.
Dari Bahagian Tanam Semula dan Perladangan sendiri, ada menyediakan program Prasarana Asas Pertanian.
Program ini memberikan pembangunan infrastruktur pertanian di kebun yang sedang dibangunkan. Antara komponen program Prasarana Asas Pertanian ini adalah :
- Jalan Pertanian – bagi menyediakan kemudahan jalan pertanian kepada pekebun kecil untuk kerja pembangunan kebun atau memudahkan pekebun kecil untuk berulang alik ke kebun untuk kerja-kerja menyelenggarakan kebun
- Pembetung dan Parit – akan membina laluan menggunakan culvert bagi kebun yang mempunyai parit atau membina parit bagi tujuan sempadan atau kawalan makhluk perosak
- Komponen lain untuk program Prasarana Asas Pertanian adalah pembinaan jambatan, pelindung tanaman dan pagar – sekiranya laluan ke kebun perlu merentasi sungai, ataupun pagar bagi menghalang haiwan ternakan atau makhluk perosak tadi dari masuk ke kebun.
Program seterusnya dari Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan adalah Bantuan Tabung Pelancaran. Program Bantuan Tabung Pelancaran ini adalah khusus untuk pekebun-pekebun kecil yang membangunkan kebun secara berkumpulan iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB) atau Tanam Semula Komersil (TSK). Bantuan sejumlah RM 2,000 akan diberikan secara one-off kepada Jawatankuasa TSB tadi untuk menggerakkan jawatankuasa projek dalam melancarkan pengurusan projek TSB atau TSK tadi.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut